Searching...

Popular Posts

Friday

FALSAFAH PERUBATAN DAN RAWATAN TRADISIONAL

9:50:00 am

Dalam perubatan tradisional Melayu falsafah asas yang di gunakan ialah penjagaan kesihatan itu lebih baik daripada rawatan penyakit. Ini adalah selari dengan konsep perubatan dan rawatan Islam. Oleh itu setiap manusia di galakkan mempunyai sedikit pengetahuan tentang cara mengamalkan kesihatan diri samada daripada bentuk fizikal atau mental. Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, seseorang itu di galakkan melakukan senaman di awal pagi. Ini amat penting bagi menggerakkan sebahagian daripada anggota badan selepas bangun daripada tidur.
Selain daripada itu penjagaan kesihatan dalam perubatan tradisional Melayu ialah melalui amalan petua. Petua terdiri daripada dua aspek iaitu amalan suruhan dantegahan. Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan dari segi jenis, kuantiti dan juga dari segi khasiat yang terdapat pada tumbuhan. Petua-petua dari segi pemakanan dan kesihatan bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan daripada serangan penyakit dan keuzuran. Sementara amalan tegahan ialah menghalang si pesakit daripada memakan makanan tertentu semasa ‘rawatan’ yang dikenali sebagai berpantang. Ia bertujuan untuk memelihara agar kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit.
Kebanyakkan pengamal perubatan tradisional Melayu mengkategorikan punca penyakit kepada yang bersangkutan dengan darah dan angin. Darah dan angin merupakan dua elemen utama dalam tubuh seseorang. Kedua-dua elemen berkenaan terdapat di dalam makanan seharian. Jika kedua-duanya berada di dalam keadaan baik, maka baiklah kesihatan individu berkenaan.
Darah adalah eleman utama yang mengandungi khasiat makanan untuk pertumbuhan dan kesihatan fizikal. Darah perlu ‘panas’ tetapi tidak boleh berlebihan. Panas di dapati daripada unsur ‘api’. Jika ‘api’ seseorang itu boleh lumpuh atau mendapat barah. Angin juga berada di dalam badan dan disalurkan melalui urat. Namun terlalu banyak angin akan menyekatkan perjalanan darah dan ini akan menganggu kesihatan. Sehubungan dengan itu kaedah pengurutan juga di lakukan bagi menolak ‘angin’ dan merangsang perjalanan darah dan urat. Pengurutan biasanya di lakukan di bahagian-bahagian badan yang terlibat dengan kerja-kerja berat, seperti tangan, kaki dan belakang tubuh. Mengurut di lakukan dengan menggunakan minyak urut atau minyak angin yang di perbuat daripada minyak kelapa dan beberapa jenis tumbuhan yang diketahui mempunyai khasiat ‘panas’. Tumpuan utama dalam amalan pengurutan dilakukan terhadap perempuan lepas bersalin. Di samping itu mereka juga digalakkan mengambil ramuan tumbuhan untuk dimakan dan disapu pada badan. Ramuan ini dimakan dan berfungsi untuk mengeluarkan angin daripada urat.





tag: abjad malaysia,abjad perak tengah,abjad ipoh,abjad sabah,abjad kedah utara,abjad kedah selatan,abjadpenang,abjad perak utara,abjad seri iskandar,abjad selangor,abjad wilayah persekutuan,abjad negeri sembilan,abjad johor,abjad melaka,abjad terengganu,abjad pahang barat,abjad pahang timur,abjad sarawak,abjad panching:tag

0 comments: