Searching...

Popular Posts

Friday

PERUBATAN TRADISIONAL

9:40:00 am





SISTEM PERUBATAN TRADISIONAL



Sejak beberapa abad yang lampau perubatan dan rawatan tradisional Melayu telah menjadi suatu tradisi dan merupakan cabang ilmu perubatan. Ia sering di kaitkan dengan zaman kegemilangannya. Bomoh dan Tok Dukun telah menjadi pilihan masyarakat melayu pada masa itu untuk mendapatkan rawatan. Masyarakat mengiktiraf mereka kerana mempunyai kemahiran untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman). Bomoh dan Tok Dukun telah digunakan secara meluas oleh segenap lapisan masyarakat dan menjadi orang terpenting bagi mengubati penyakit. Masyarakat amat percaya dan mempunyai keyakinan dengan amalan perubatan dan rawatan Bomoh dan Tok Dukun.
Pengamal perubatan tradisional Melayu (Bomoh dan Tok Dukun) banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang di warisi dari gurunya secara turun-temurun. Ada juga yang dikatakan mendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu. Walau bagaimanapun perubatan dan rawatan jenis ini memerlukan mereka mengenalpasti hakikat sebenar penyakit yang terkandung di dalam diri pesakit berkenaan. Rawatannya adalah bagi membersihkan si pesakit daripada unsur-unsur penyakit sehinggalah sembuh. Dengan itu bahan-bahan semulajadi ciptaan tuhan digunakan bagi mengubati penyakit si pesakit. Antaranya yang paling kerap digunakan adalah daripada jenis tumbuh-tumbuhan dan herba.
Pernah pada suatu ketika perubatan dan rawatan tradisional Melayu menjadi tidak popular di kalangan masyarakat Melayu. Ini disebabkan penemuan kaedah-kaedah perubatan dan rawatan yang lebih moden dan saintifik. Kaedah perubatan dan rawatan seperti ini lebih di percayai oleh kalangan golongan bangsawan dan para cendiakawan. Perubatan dan rawatan tradisional Melayu terpaksa bersaing dengan amalan perubatan dan rawatan baru ini. Pada masa yang sama kaedah perubatan dan rawatan sepertialopati, homeopati, naturopati, oesteopati dan sebagainya telah mulai berkembang dan bercambah. Pada zaman penjajahan amalan perubatan dan rawatan alopati sangat popular sehinggakan amalan perubatan dan rawatan tradisional Melayu di lupai. Masyarakat lebih mempercayai perubatan dan rawatan moden yang di bawa oleh penjajah kerana kajian yang dijalankan terhadap sesuatu penyakit adalah lebih saintifik dan lengkap.. Namun sejak akhir-akhir ini, perubatan dan rawatan tradsional Melayu mulai mendapat tempat di hati masyarakat di negara kita. Masyarakat lebih menggemari perubatan dan rawatan tradisonal Melayu yang tidak menggunakan bahan-bahan kimia dan beracun. Mereka lebih menyenangi perubatan dan rawatan tradisional Melayu yang menggunakan sumber semulajadi terutama sekali daripada tumbuh-tumbuhan.


tag: abjad malaysia,abjad perak tengah,abjad ipoh,abjad sabah,abjad kedah utara,abjad kedah selatan,abjadpenang,abjad perak utara,abjad seri iskandar,abjad selangor,abjad wilayah persekutuan,abjad negeri sembilan,abjad johor,abjad melaka,abjad terengganu,abjad pahang barat,abjad pahang timur,abjad sarawak,abjad panching:tag

0 comments: